Blogger Backgrounds

Saturday, November 12, 2011

PEHA ITU BUKAN PEHA??

Bertarikh 03/11/2011.. Jam +- 6.30..
Aku waktu ni ada kat seksyen 18 shah alam.. Teman mak aku g mydin nak beli barang dapur..
Lepas habis shopping mak aku ajak g KFC beli ayam buat lauk (tahu-tahu je aku ngidam KFC :D)
Masa tengah beratur tu,ada satu kejadian melampau lawak jadi depan aku.
Macam ni kisahnya :

watak terlibat > 
1. Cashier perempuan > CP
2. Cashier lelaki > CL
3. Amoi chantek > AC
4. aku > FJ

CP : makan sini ke take away?
AC : makan sini.. saya mahu twister 1,snack plate 1.. bagi peha dan kepak ya
CP : twister 1, snack plate drumstik dan wing. ada apa-apa lagi?
AC : itu saja :)

Si CP menyediakan order dan seterusnya meletakkan plate didepan AC..

AC : saya tak mahu ini (sambil tunjuk bahagian drumstik). saya mahu peha.
CP : ?? itu peha lah..
AC : bukan ini =.="
CP : [weh,amoi ni nak peha. peha tu drumstiklah kan?]
CL : [betul ah tu.]
CP : [dah tu dia nak apa lagi?]
CL : [ntah. gila kot :p.]
  p/s : semua dalam tanda [...] adalah dalam nada berbisik :D

aku kat belakang amoi tu dah nak gelak dah tgk dua cashier tu bisik-bisik.. siap cakap amoi tu bodoh lagi =.=".. Nasib lah amoi tu tak dengar. Kalau tak dah kena buang kerja korang. HAHAHAHA
aku dengan sedikit kesedaran bahasa pun angkat tangan sikit bagi signal kat si CP.

FJ : kak,dia nak thigh tu
CP : eh??

sambil kepit bahagian 'thigh' dia tanya kat amoi tu

CP : ini ke?
AC : ya,itulah :)
CP : =.="

HAHAHAHAHA. Sakit perut weyh tahan gelak. hahahaha.
Aku cerita benda ni kat kawan-kawan pun dorang pelik..
Betul ah peha tu drumstik kn??
Nah aku tolong google kn apa tu peha :D


So korang-korang yang baru tahu peha tu thigh tak payah lah
nak ucap terima kasih kat aku ya..
cukup korang forward link blog ni kat orang lain..
semoga panjang pahala aku sampai kan ilmu :D
sekian dari jepown.. jumpa lagi di entri yang lain :D


[KESEMPURNAAN ITU TIDAK BOLEH DIMILIKI TETAPI BOLEH DIHAMPIRI]

Monday, October 31, 2011

TUTORIAL :D

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Tak banyak yang nak dibebelkan harini. Just nak post bout TUTORIAL..

Tutorial ini berkaitan BLOCKED WEBSITE

Contoh website yang di block adalah MEGAUPLOAD..

Video ni khas dibuat untuk menunjukkan cara bagaimana untuk membolehkan anda melayari web yang diblock :D

Enjoy ^.^d


Harap membantu :D


Thursday, July 28, 2011

Engkau Yang Aku Panggil SAYANG..!!!!

       Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Aku tak pandai ah nak celoteh tak tentu pasal ni.. Kalau bebelkan orang aku pandai :). Tapi harin tetiba aku ada mood plak nak menaip. Hehe :D. Haa ikot tajuk atas tu.. aku nak bercerita pasal kesayangan aku :).

       Kita orang dah mula berkenalan sejak aku umur 7 tahun lagi. Pertama kali tengok dia aku betul2 jatuh hati. Tapi aku hanya mampu melihat dari jauh je. Waktu umur aku 9 tahun aku beranikan diri dekat2 dengan dia. Duhh! gembiranya hati aku dapat berkenalan dengan dia :D.

       Sejak dari hari aku dekatkan diri dengan dia tu aku selalu rindukan dia. Dan akhirnya,pada tahun 2006 iaitu ketika aku berumur 15 tahun. Dalam bulan 9-10, aku telah dapat memilikinya :D <3. Waktu tu serius aku rasa teramatlah bahagia :). Kemana pun aku pergi dengan dia. Pergi kedai,pergi cybercafe,pergi shopping mall dan banyak lagi ah. Tapi saat bahagia tu tak lama. Aku dapat tawaran masuk sekolah teknik. So terpaksa berjauhan dengan dia membuatkan aku terbeban dengan rindu :(.

       Dua tahun aku kat asrama walau ada masa-masa aku balik rumah. Aku tetap rindukan dia. Lepas tamat zaman persekolahan sekali lagi hubungan kita orang diduga. Sekali lagi aku terpaksa berjauhan dengan dia. Aku dapat tawaran PLKN. Tapi dalam kesedihan aku pujuk dengan enjoy kat PLKN(akan aku ceritakan later2 update keyh :)).

       Tamat PLKN aku dapat bersama balik dengan yang tersayang :). 3 bulan kita orang meluangkan masa bersama-sama. Bulan 6 2009. Aku berangkat ke Dungun untuk melanjutkan pelajaran. Sekali lagi kami terpisah(banyak betul berpisahkan. cam annoying pn ada. hahaha). Hujung sem 2 aku balik dan dapat tahu dari abang aku dia masuk wad. Jantung dia tidak dapat berfungsi dengan baik. Serius aku betul sedih time tu. Tapi setelah di rawat. Akhirnya dia sihat semula. Sebab sayang teramat sangat. Aku pun berkahwin dengan dia dan membawa dia ke dungun untuk sentiasa bersama dengan aku :).

       Waktu kat dungun aku menghantar dia ke satu hospital untuk mendapatkan rawatan lanjutan. Alhamdulillah dia semakin sihat :). Sejak tu kita orang sentiasa meluangkan masa bersama-sama. Aku belikan baju baru,aksesori dan banyak lagi untuk dia. Serius memang bahagia :).

       Diringkaskan cerita,waktu habis sem 3 sekali lagi dia masuk wad. masalah jantung juga. Member-member dan keluarga nasihatkan aku cari je pengganti yang baru. Tapi ampun maaflah. biar beribu duit habis. Tetap akan aku bela. SEBAB AKU SAYANG SANGAT DEKAT DIA!!! 

       Setelah dia keluar dari wad,aku lebih berhati-hati dengan keadaan dia yang selalu sakit tu. Tapi dalam berhati-hati pun dia masih sakit. Sebelum aku balik ke dungun untuk masuk sem 5,sekali lagi dia masuk wad. Pakage dengan mak aku masuk wad. Duhh pening dah aku. Kebetulan waktu tu aku tengah sengkek. Betul aku rasa nak menangis. Tapi alhamdulillah aku masih diberi rezeki. Diberi ketabahan. Aku dapat selesaikan bayaran perubatan dia. 

       Apapun jadi kat dia aku akan sentiasa ada bersama :). Cinta mati sama dia. Sekarang,ketika aku menaip ni. Dia sedang enak tidur :). Aku masih berfikir mana nak cari duit. Raya nak dekat ni. Aku nak haidah baju baru kat dia :).

       Akhir sekali sebelum aku berhenti cerita pasal isteri kesayangan aku ni. Aku baru perasan dari awal aku tak bagitahu lagi nama dia kan. Ok,nama dia Julia. kat bawah ni aku sertakan gambar-gambar dia untuk tatapan semua :)


baru keluar dari hospital selesai rawatan lanjutan

berbaju baru + berbagai aksesori :)

aksesori untuk digayakan bersama

senyum :)

Inilah isteri tersayang : Julia <3
Sekian saja dari aku. Jumpa lagi dilain post ya :).
Assalamualaikum :)

[KESEMPURNAAN ITU TIDAK BOLEH DIMILIKI TETAPI BOLEH DIHAMPIRI]

Wednesday, June 8, 2011

Mood Down

Setelah sekian lama aku tak mencoret,tiba-tiba malam ni rasa nak buat pula.
Malam ni mood aku tetiba down...
Selama ni aku suka bergurau-gurau. Tapi bila aku serius malam ni pun orang ingat aku main-main.
Sampai mood aku down pun diaorang tak perasan.
Ntah kenapa ah perasaan ni boleh ada. Aku nak blame siapa pn tak tahu ni.
Tak keruan jadinya. Haiszz....







[KESEMPURNAAN ITU TIDAK BOLEH DIMILIKI TETAPI BOLEH DIHAMPIRI]

Tuesday, February 8, 2011