Blogger Backgrounds

Saturday, November 12, 2011

PEHA ITU BUKAN PEHA??

Bertarikh 03/11/2011.. Jam +- 6.30..
Aku waktu ni ada kat seksyen 18 shah alam.. Teman mak aku g mydin nak beli barang dapur..
Lepas habis shopping mak aku ajak g KFC beli ayam buat lauk (tahu-tahu je aku ngidam KFC :D)
Masa tengah beratur tu,ada satu kejadian melampau lawak jadi depan aku.
Macam ni kisahnya :

watak terlibat > 
1. Cashier perempuan > CP
2. Cashier lelaki > CL
3. Amoi chantek > AC
4. aku > FJ

CP : makan sini ke take away?
AC : makan sini.. saya mahu twister 1,snack plate 1.. bagi peha dan kepak ya
CP : twister 1, snack plate drumstik dan wing. ada apa-apa lagi?
AC : itu saja :)

Si CP menyediakan order dan seterusnya meletakkan plate didepan AC..

AC : saya tak mahu ini (sambil tunjuk bahagian drumstik). saya mahu peha.
CP : ?? itu peha lah..
AC : bukan ini =.="
CP : [weh,amoi ni nak peha. peha tu drumstiklah kan?]
CL : [betul ah tu.]
CP : [dah tu dia nak apa lagi?]
CL : [ntah. gila kot :p.]
  p/s : semua dalam tanda [...] adalah dalam nada berbisik :D

aku kat belakang amoi tu dah nak gelak dah tgk dua cashier tu bisik-bisik.. siap cakap amoi tu bodoh lagi =.=".. Nasib lah amoi tu tak dengar. Kalau tak dah kena buang kerja korang. HAHAHAHA
aku dengan sedikit kesedaran bahasa pun angkat tangan sikit bagi signal kat si CP.

FJ : kak,dia nak thigh tu
CP : eh??

sambil kepit bahagian 'thigh' dia tanya kat amoi tu

CP : ini ke?
AC : ya,itulah :)
CP : =.="

HAHAHAHAHA. Sakit perut weyh tahan gelak. hahahaha.
Aku cerita benda ni kat kawan-kawan pun dorang pelik..
Betul ah peha tu drumstik kn??
Nah aku tolong google kn apa tu peha :D


So korang-korang yang baru tahu peha tu thigh tak payah lah
nak ucap terima kasih kat aku ya..
cukup korang forward link blog ni kat orang lain..
semoga panjang pahala aku sampai kan ilmu :D
sekian dari jepown.. jumpa lagi di entri yang lain :D


[KESEMPURNAAN ITU TIDAK BOLEH DIMILIKI TETAPI BOLEH DIHAMPIRI]

No comments:

Post a Comment